creative forum
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Tips cinta jarak jauh!..

2 posters

Go down

Tips cinta jarak jauh!.. Empty Tips cinta jarak jauh!..

Post by p3c4h_0t4X_SiSt3m Sat May 31, 2008 2:47 pm

Ramai yang bertanyakan pada kami tips bagaimana untuk survive
dalam percintaan jarak jauh. Bermacam-macam perasaan yang merunsingkan,
menyedihkan dan memeningkan bila kita berada dalam situasi cinta jarak
jauh ini. Pelbagai dugaan dan cabaran yang perlu kita hadapi.
Sudah banyak cerita yang kita dengar mengenai perkara ini. Ada yang
dapat survive dan ada yang kecundang. Menangis dan sedih yang amat
sangat apabila si dia berubah hati disebabkan rasa kesunyian. Namun
begitu, di sini, kami ingin berkongsi dengan anda semua mengenai
bagaimana untuk survive dalam percintaan jarak jauh.

Percaya pada pasangan
Apabila kita berjauhan dengan pasangan, kita hendaklah percaya dengan si dia. Pernah baca 5 Tips dalam Berpasangan?
Di dalam tips itu ada dinyatakan betapa pentingnya kita saling
mempercayai dalam berpasangan ini. Percayalah pada si dia yang dia akan
setia dan masih menyayangi kita walaupun kita berada jauh dari dia.



Setia walaupun jauh
Memang pelbagai dugaan yang kita hadapi apabila kita berjauhan.
Ketika kita berjauhan, kita akan terasa sunyi. Orang yang selalu kita
jumpa, tiba-tiba kini jauh dari mata. Dan apabila berjauhan, hati
menjadi sunyi. Dan pada masa inilah kawan-kawan menjadi penyeri. Namun
begitu, walaupun kita masih mempunyai kawan, kawan hanyalah kawan.
Ceria bersama kawan tidak sama dengan ceria apabila kita bersama dengan
pasangan kita. Di sini, ada yang kecundang. Ada yang bercouple dengan
kawan disebabkan terasa sunyi. Fikirkanlah, apa perasaan pasangan kita
bila dapat tahu yang kita tidak setia? Dan letakkanlah diri kita di
tempat dia. Adakah kita akan gembira dan suka jika kita dibuat demikian?



Berjumpalah walaupun seketika
Jangan jadikan jauh itu sebagai alasan. Cinta perlukan komitmen. Cinta juga adalah tanggungjawab.
Walaupun jauh, cuba cari masa untuk berjumpa dengan si dia. Andai kata
si jejaka duduk jauh di utara semenangjung dan si gadis duduk di hujung
selatan semenanjung, cuba cari masa yang sesuai untuk berjumpa. Paling
tidak pun bila ada cuti panjang. Janganlah tidak berjumpa langsung.
Sudah pasti rindu di hati akan semakin memberontak bila kita berjauhan.
Jadi, apabila ada masa kelapangan itu, rancanglah untuk berjumpa. Sudah
pasti ini akan mengeratkan lagi hubungan dan dapat mengurangkan rasa
rindu itu.




Tanyalah khabar
Setiap malam sebelum tidur itu kalau boleh cuba hubungi si dia
tanyakan khabar. Buat secara selang seli. Hari ini anda yang call dia.
Esok dia pula. Dengan ini baru la sama-sama merasa susah dan senang.
Jangan mengharapkan si dia sahaja yang akan call anda. Sudah pasti dia
akan berasa sukar untuk menghubungi anda jikalau dia sahaja yang perlu
call anda. Memang cinta perlukan komitmen tetapi ia akan menjadi sukar
bila sebelah pihak sahaja yang memberikan komitmen. Jadi sama-samalah
membantu dalam membina percintaan ini.

Sambut hari ulang tahun bersama
Sekiranya tidak sibuk, cuba sambut birthday atau ulang tahun
per-couple-an bersama-sama. Sekiranya birthday itu jatuh pada hari
bekerja, sambutlah bersama-sama pada hujung minggu tersebut. Luangkan
masa bersama untuk seketika sudah pasti dapat mengembirakan antara satu
sama lain. Walaupun perjumpaan itu hanya sementara, tetapi kenangan
ketika berjumpa bersama-sama sambil menyambut birthday sudah pasti akan
terpahat kukuh di hati. Mungkin anda akan tersenyum sendirian apabila
mengenangkan kembali kenangan manis sebegitu.

Jangan jadikan jarak sebagai pemusnah
Cinta jarak jauh memang sukar. Memang meronta-ronta hati bilamana
rindu itu datang. Apabila keseorangan, sudah pasti kita akan terasa
sangat kerinduan itu. Tetapi ingatlah, jangan jadikan jarak yang jauh
itu sebagai pemusnah cinta anda. Jadikan ia sebagai satu cabaran yang
akan memberikan anda lebih bersemangat untuk meneruskan cinta itu.
Akhir kata, walauapapun rintangan yang ada, jangan jadikan ia
sebagai alasan dan penghalang. Tetapi jadikan ia sebagai sesuatu yang
dapat menambahkan kasih sayang kita kepada si dia. Bila jauh kita akan
merasa rindu bukan? Jadi jauh itu bukan satu perkara yang tidak baik
cuma ianya merupakan salah satu cara untuk memupuk rasa kasih sayang
kita dan mengajar kita untuk menjadi seorang kekasih yang setia.
p3c4h_0t4X_SiSt3m
p3c4h_0t4X_SiSt3m
Global Moderator
Global Moderator

Male
Jumlah posting : 1883
Age : 37
Location : yg aq tau sich!..hari ini aq ada di palembang...gak tau besok.....
Registration date : 25.12.07

http://donic-fairy.blogspot.com/

Kembali Ke Atas Go down

Tips cinta jarak jauh!.. Empty Re: Tips cinta jarak jauh!..

Post by °l||l° YoC_NaMiNoP °l||l° Sun Jun 01, 2008 1:04 am

pengalaman aku 2 x pacaran jarak jauh...emg gk mengenakan...nah 1 lagi bro...siap2 aja bnyak pulsa bro...ato koneksi internet...YA yg penting koneksi...dan saat yg gak enak saat kita butuh dia...dianya gk ada...wakakka
°l||l° YoC_NaMiNoP °l||l°
°l||l° YoC_NaMiNoP °l||l°
Computer Moderator
Computer Moderator

Male
Jumlah posting : 1862
Age : 39
Location : depan komputer butut
Registration date : 13.02.08

Kembali Ke Atas Go down

Tips cinta jarak jauh!.. Empty Re: Tips cinta jarak jauh!..

Post by p3c4h_0t4X_SiSt3m Sun Jun 01, 2008 2:16 pm

poniman_coy wrote:pengalaman aku 2 x pacaran jarak jauh...emg gk mengenakan...nah 1 lagi bro...siap2 aja bnyak pulsa bro...ato koneksi internet...YA yg penting koneksi...dan saat yg gak enak saat kita butuh dia...dianya gk ada...wakakka



sama ma aq boss...
tiap hari mempergunakan via I-NET!...
p3c4h_0t4X_SiSt3m
p3c4h_0t4X_SiSt3m
Global Moderator
Global Moderator

Male
Jumlah posting : 1883
Age : 37
Location : yg aq tau sich!..hari ini aq ada di palembang...gak tau besok.....
Registration date : 25.12.07

http://donic-fairy.blogspot.com/

Kembali Ke Atas Go down

Tips cinta jarak jauh!.. Empty Re: Tips cinta jarak jauh!..

Post by Sponsored content


Sponsored content


Kembali Ke Atas Go down

Kembali Ke Atas

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
Anda tidak dapat menjawab topik