creative forum
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

rahasia lelaki menurut zodiaknya!..

4 posters

Go down

rahasia lelaki menurut zodiaknya!.. Empty rahasia lelaki menurut zodiaknya!..

Post by p3c4h_0t4X_SiSt3m Sat May 31, 2008 2:53 pm

Adakalanya sebagai seorang lelaki anda masih tidak mengenali diri
atau peribadi sendiri. Hanya rakan-rakan di sekeliling yang ikhlas
untuk memberitahu anda akan menyatakan setiap kelebihan mahupun
kelebihan diri anda. Namun, apakah anda mempunyai rakan yang sanggup
berterus-terang? Di sini disenaraikan personaliti lelaki berdasarkan
bintang atau zodiak masing-masing. Walaupun tidak kesemuanya benar,
namun ia boleh dijadikan panduan. Jika anda memang mempunyai sikap
buruk atau kelemahan, anda boleh memperbaiki diri anda.
Aries
Badannya tidak tinggi tetapi tetap tegap dan kuat berkerja. Pada
badannya banyak bulu,suka bergaul, bersemangat dan bercita-cita,
menjadikan dia seorang pemimpin .Dia lebih suka mengarah,berani dan
suka menjelajah .Dia tidak tekun ,dia lebih suka memulakan sesuatu
tetapi kemudian menyuruh orang lain menyelesaikan kerja itu.Dia
mementingkan lahiriah dan mudah bergaul tetapi agak kurang keyakinan
,terutamanya dari segi daya penarik,dia mungkin risau kerana tubuhnya
kecil misalnya,kerana ini dia biasanya mencari kawan yang kualitinya
kurang berbanding dirinya,dan ini juga menyebabkan dia mudah cemburu
dan kurang yakin dalam hubungan dengan wanita. Di samping itu dia
merupakan seorang yang panas baran maka selalulah timbul keributan
dalam hal berkasih sayang.Nafsu syahwatnya tinggi ,dan apabila mendapat
teman hidup ,dia adalah kekasih yang bersemangat dan bernafsu. Padanya
cinta adalah amat penting ,kerana dia benci hidup keseorangan ,dan
kerana dia merasa bangga ada orang yang sanggup menyerahkan jiwa
raganya kepadanya .Ketika mula bercinta dia baik hati ,mudah jenaka dan
bersukaria tetapi apabila telah lama berkenalan ,dia selalu menyakitkan
hati, curiga dan marah-marah.
Taurus
Dia lelaki yang mempunyai badan yang berotot dan kuat .Dia seorang yang
praktikal serta berseni,mungkin boleh mengukir,atau melukis.Suaranya
merdu bila menyanyi dan sukakan muzik,malah mungkin seorang ahli
muzik.Lelaki ini mudah bergaul ,suka jenaka dan ketawa.Walau bagai mana
pun dia kurang keyakinan dan merendahkan daya tariknya sendiri
,menyebabkan dia menggunakan bakat seninya untuk menari hati wanita
.Dia juga adalah lelaki stabil,konservatif dan agak keras hati, yang
mahu tahu kemanakah arah tujuan dirinya.Lelaki ini pentingkan sekuriti
dari segi kewangan, begitu juga dalam rumahtangganya dan dengan sebab
ini dia jarang ambil risiko atau memperjudikan hidupnya .Lelaki ini
menanti-nantikan perkahwinannya , di mana pada masa inilah dia akan
merasa selamat di mana perasaaan itulah yang tidak ada pada dirinya
sebelum itu ,dan oleh sebab itu, dia akan memilih pasangan hidupnya
dengan agak teliti agar rumah tangganya berpanjangan .Dorongan
syahwatnya kuat .Dia sukakan keselesaan ,makan dan mengumpul harta
.Kebolehanya menghias rumah , dan kesungguhannya menjadikan dia
pasangan yang baik .Oleh kerana lelaki ini lebih sukakan perkara yang
telah biasa ,dia tidak begitu minat dengan idea orang lain atau apa
yang berlaku di sekelilingnya dan ini akan membosankan insan yang lebih
suka bergaul dan bijaksana.
Gemini
Lelaki Gemini mempunyai muka dan badan yang menarik,adab dan
senyumannya juga menarik menyebabkan orang ramai tertarik kepadanya.Dia
seorang yang bijak berfikir ,ingatannya bijak dan teratur menjadikan ia
pasangan yang menarik dan pandai menguruskan diri.. Dia mungkin bekerja
sebagai jurujual di mana dia berpeluang memujuk dan mempengaruh orang
lain .Dalam menjadi pasangan hidup dia suka wanita yang boleh
berfikiran sendiri ,yang tidak pendiam ,dan yang cerdik bukan cantik
menjadi keutamaanya .Dia suka kepada luahan emosi ,kerana itu dianggap
kebudakan dan remeh ,dan kerana itu dia bermasalah untuk jatuh cinta
kerana menganggap bahawa bila jatuh cinta , dia akan memberi banyak
kuasa kepada kekasihnya, dan kerana itu, pasangannya yang ideal adalah
yang sanggup berkongsi akal , bukan hati. Lelaki ini tidak begitu
berminat dalam hubungan kelamin , dan menganggap ianya tidak menarik
dan sedikit menjijikkan .Dia mengetahui mengenai hubungan kelamin dari
rasa ingin tahu bukan dari rasa berahi.Dia bukanlah seorang kekasih
yang bersungguh , kerana sukar melibatkan emosi dalam bercinta kerana
sebab itu biasanya dia berkahwin lambat dan memilih pasangan yang jauh
lebih tua darinya ,yang mempunyai nafsu syahwat yang rendah padanya
,Wanita yang ideal ialah yang banyak harta ,lebih tua, tetapi dia boleh
jugak memilih wanita muda ,yang boleh memberikan perhatian kepadanya
bagi meninggikan egonya dan lagaknya.
Cancer
Lelaki ini menyembunyikan aspek dalamannya yang lembut dengan kekerasan
.Dia adalah lelaki yang amat sensitif dan mudah terusik dan mudah
menangis. Sifat ini amat menarik perhatian wanita dan menimbulkan
simpati dan sifat keibuan terhadapnya ,tetapi tidak patut dilakukan
terlalu kerap kerana mungkin di tuduh sebagai pondan . Kebahagiaan
rumahtangga amat penting baginya ,dan rumahtangganya yang bermasalah
akan menjadikannya amat dukacita .Jika dia belum berkahwin , dia
mungkin tinggal bersama ibubapanya dia tidak suka berfoya-foya .Dalam
pwergaulan dia lebih suka mencari pasangan hidup .Mencari pasangan
hidup agak sukar baginya, kerana dia kurang kemas , pemalu dan kurang
dorongan , serta dia perlukan wanita yang pandai menjaga rumah ,
berharta dan pendapatan baik.Antara kelemahannya ialah dia suka
mengkritik dan mengadu , dan menganggap tidak ada perkara yang benar
memuaskan hatinya. Walaubagaimanapun , dia adalah suami yang setia ,
dan amat sukar untuk bercerai.
Leo
Dia seorang yang agak tinggi ,kurus , gerakanya cepat tetapi lembut.
Matanya besar dan menarik , dan rambutnya ikal .Bibirnya mungkin nipis
.Dia suka menolong dan membantu orang. Dia berkeyakinan dan
berpersonaliti kuat , ini membolehkannya maju dan memimpin . Dia juga
suka menjadi popular dan di puji .Kehidupan cinta adalah penting
padanya kerana dengan adanya orang yang mengasihinya membuatkan dirinya
penting .Bila dia terlibat dalam hal romantik , dia mudah bernafsu
tetapi mudah pula reda Rupanya yang tampan dan yakin menyebabkan
pasangannya merasa bertuah , tapi pasanganya perlulah menghormatinya ,
dan setia, kerana dia adalah lelaki yang cemburu, dari itu sebagai
isterinya , jangan mudah anda melihat atau merngerling lelaki lain
.Lelaki ini percaya kepada perkahwinan dan menganggap rumahnya sebagai
tempat berehat , dan isterinya memberikan keselesaan setelah dia penat
bekerja.
Virgo
Dia adalah lelaki yang agak kurus , tingginya serderhana , bahunya agak
lebar, bulu keningnya panjang dan cantik , dan dahinya luas , matanya
nampak sedih tetapi lembut , dan ini menarik perhatian wanita .
Sifatnya amat berhati-hati , nafsu syahwatnya rendah , dan kerana ini ,
dia kelihatan tidak pasti, dan seolah-olah kekasih yang tertahan-tahan
.Dia adalah lelaki yang mementingkan kebijaksanaan .Dia mahukan
kesempurnaan , sentiasa mahu mengawal , dan jarang sekali terbawa oleh
cinta .Dia mengkritik dan mengadu.Dia juga agak mementingkan hal-hal
yang halus terperinci , juga beradab, dan ini menjadikannya pasangan
yang setia dan mengambil berat . Dia akan mengkahwini wanita yang ada
wang dan yang boleh membantunya secukupnya . Sifat bimbangnya
membuatkannya sukar bertenang apabila berpasangan , dan ini menjadikan
dia kekasih yang kurang memuaskan , dan dia cepat sekali menyalahkan
orang lain walaupun dia sebenarnya bersalah .Dia juga mengambil berat
mengenai kesihatan dan kecergasannya.
Libra
Dia seorang yang seksi , tubuhnya agak menarik , pakainya agak kemas
ada gaya bersih dan segar. Matanya biasanya besar , bersinar dan
menarik.Mulutnya agak penuh dan menawan .Jika lelaki mungkin mempunyai
bentuk badan sedikit kewanitaan seperti bulu roma yang sedikit , atau
bahu yang kecil. Lelaki Libra tidak gemar tangannya kotor , dia suka
pekerjaan yang mempertingkatkan paras rupa orang lain seperti mendandan
rambut , pereka fesyen atu menjual barangan kecantikan .Sikapnya
terbuka , menyenangkan , suka bergaul , ramai kawan .Sopan dan simpati
.Antara kelemahannya ialah dia sukar memutuskan sesuatu yang tidak di
sukainya ,ini mungkin mengakibatkan dia berkahwin dengan pasangan yang
tidak sesuai .Walaupun dia lelaki popular di kalangan wanita , emosinya
di kawalnya dan dia kelihatan seperti pasangan yang kurang mengasihi
.Pada mulanya wanita tertarik padanya kerana dia bertimbang rasa dan
berhati-hati , kemudian setelah beberap lama , sikap itu tenggelam .Dia
biasanya adalah orang yang cermat dalam berbelanja tetapi agak boros
pula dari segi membeli baju , wangian , atau perabot .Dia membelanjakan
banyak wang untuk menarik perhatian orang yang dicintainya atau sesiapa
yang di anggap penting.
Scorpio
Tubuhnya biasanya kecil , tingginya jarang melebihi ketinggian
sederhana .Mukanya lebar dan nampak kuat dengan tulang pipi yang jelas
,hidungnya mempunyai hujungan yang lembut dan lubang hidungnya besar
.Renungannya yang tajam seolah-olah dapat membaca isi hati orang lain
.Samada hatinya gembira atau sebaliknya dapat dilihat dari cara dia
jalan , dia akan berjalan dengan tenang bila hatinya suka dan tidak
menentu bial dia kegelisahan .Dia seorang yang intuitif dan mudah
tersinggung perasaannya tetapi dapat menyembunyikan keadan itu dengan
rupa zahiriah yang agak cekal .Dia akan berusaha bertahun- tahun untuk
mencapai cita-citanya atau untuk membalas dendam .Suka jika dapat
menunjukkan kuasa , dan nampak lebih dominan dalam perhubungan .Dalam
hal seksual ,dia cenderung untuk mementingkan diri sendiri.
Sagittarius
Dia seorang yang suka bergaul , suka hidup yang baik dan berpoya .Dia
adalah insan yang paling romantik ,Dia menarik , mudah suka bergaul
dengan seorang yang suka kepada hiburan dan berjalan ke tempat tempat
yang menawan .Dia mungkin berkerja dalam bidang undang -undang , agama
atau politik . Tubuh badannya agak tinggi , tubuh agak langsing dan
menarik semasa muda tetapi semakin berisi semakin tua .Mukanya panjang
,dahinya agak tinggi tapi sempit, hidungnya agak mancung dan ketika
suka hidung itu menjadi kembang .Giginya besar .Dari segi berpakaian ,
dia suka memakai pakaian yang kasual dan longgar .Dia lelaki yang agak
boros , dan jika tidak berhati-hati , mungkin terlibat dalam perjudian
.Lelaki ini suka jika dapat berteman dengan wanita dan mudah pula jatuh
hati .Tapi dia tidak suka terikat dalam masa yang panjang .Ramai lelaki
berbintang sagitarius yang kahwin lebih dari satu atau lelaki yang
menyimpan wanita lain .
Capricorn
Lelaki ini lebih berhati- hati dalam hidup , dan selalu melakukan
sesuatu berdasarkan kaedah .Dia tidak suka menukar -nukar rancangan
yang telah dibuatnya .Dia agak pendiam ,suka bekerja sendiri .Dia
adalah jenis pendendam dan akan ingat pada kejahatan yang di lakukan
terhadap dirinya hingga bertahun-tahun .Mungkin dialah paling tidak
menarik kerana dia mendekati wanita menggunakan cara intelek .Dia
mungkin kurang selesa dengan wanita yang beremosi tinggi tetapi sanggup
berkahwin dengannya jika dia boleh membantu mencapai kejayaan dalam
kerjaya .Lelaki ini sukar jatuh cinta ,tetapi jika sudah jatuh cinta
,dia akan amat mencintai .Dalam hidup bercinta ,dia kurang di sukai
.Dia mementingkan keluarganya , dan dia akan akan menyatakan apa yang
dia fikirkan .Apabila berkahwin ia agak lokek dari segi kewangan .Dalam
pergaulan , dia lebih suka kepada yang lebih tua dan konservatif.
Aquarius
Tubuhnya agak tinggi, dan kurus , tangan dan kakinya besar , bahunya
lebar .Mungkin rambutnya nipis .pakaiannya agak luar biasa.Dia adalah
lelaki yang pandai bercakap dan suka kepada cakap-cakap intelek .Dia
agak kurang romantik .Dia sukar jatuh cinta kerana dia tidak mahu
kecewa .Dia suka persahabatan yang sekejap berbanding hubungan yang
panjang .Lelaki ini suka ketawa dan mempunyai perkara-perkara yang
menarik untuk dilakukan , tetapi dia boleh jadi pendiam pada suatu masa
dan agak mengecewakan kekasihnya .Dia mungkin lambat berkahwin kerana
tidak suka terikat .Dari segi seksual dia lebih mementingankan seks
dari kasih sayang , dan dia lebih suka kepada ramai pasangan . Walaupun
begitu , dia pandai menyembunyikan rahsianya itu bagi menjaga hati
kekasihnya .Sebagai lelaki , dia disukai oleh teman wanitanya kerana
dia agak berbeza dan menarik , tetapi dia adalah mengecewakan dari segi
membuat komitmen .
Pisces
Dia lelaki yang agak pendek dan berisi dengan muka yang agak bulat dan
besar serta berjerawat .Dari segi berpakaian ,mungkin dia kelihatan
kurang kemas .Walaupun dari segi zahiriah dia agak kurang menarik , dia
mempunyai personaliti yang bagus boleh berjenaka dan baik hati .Dia
adalah lelaki yang pandai mengagak dan bersimpati tinggi, tetapi,
hatinya selalu bimbang . Dia tidak suka berkelahi dan sedaya upaya
mengelakkannya. Hidupnya suka menggembirakan hati orang lain , dia agak
romantik dan mementingkan perasaan pasangan .Tetapi dia agak pemalu dan
kurang keyakinan , menyebabkan dia lambat dalam hal menambat wanita .
Dia agak sukar dari segi membuat keputusan , dan agak bertangguh untuk
kahwin . Oleh kerana kelemahan ini , dia mudah dipengaruhi atau
ditinggalkan .Tapi dari segi bercinta , dia adalah seorang yang hangat
, mengambil berat dan mengasihi , serta menghiburkan .






sumber : tentang cinta!..
p3c4h_0t4X_SiSt3m
p3c4h_0t4X_SiSt3m
Global Moderator
Global Moderator

Male
Jumlah posting : 1883
Age : 36
Location : yg aq tau sich!..hari ini aq ada di palembang...gak tau besok.....
Registration date : 25.12.07

http://donic-fairy.blogspot.com/

Kembali Ke Atas Go down

rahasia lelaki menurut zodiaknya!.. Empty Re: rahasia lelaki menurut zodiaknya!..

Post by utoTIA Sat May 31, 2008 3:07 pm

dari malay ya?

bahasanya aneh gitu..

Laughing
utoTIA
utoTIA
Fashion Moderator
Fashion Moderator

Female
Jumlah posting : 745
Age : 33
Location : utoTIA, where *Creatiia lives forever..
Registration date : 15.11.07

http://utotia.blogspot.com/

Kembali Ke Atas Go down

rahasia lelaki menurut zodiaknya!.. Empty Re: rahasia lelaki menurut zodiaknya!..

Post by p3c4h_0t4X_SiSt3m Sat May 31, 2008 3:15 pm

ga ktau
dari mana
sbb dapet dari forum sebelah!,,,
p3c4h_0t4X_SiSt3m
p3c4h_0t4X_SiSt3m
Global Moderator
Global Moderator

Male
Jumlah posting : 1883
Age : 36
Location : yg aq tau sich!..hari ini aq ada di palembang...gak tau besok.....
Registration date : 25.12.07

http://donic-fairy.blogspot.com/

Kembali Ke Atas Go down

rahasia lelaki menurut zodiaknya!.. Empty Re: rahasia lelaki menurut zodiaknya!..

Post by pangeranemo Sat May 31, 2008 10:00 pm

p3c4h_0t4X_SiSt3m wrote:Adakalanya sebagai seorang lelaki anda masih tidak mengenali diri
atau peribadi sendiri. Hanya rakan-rakan di sekeliling yang ikhlas
untuk memberitahu anda akan menyatakan setiap kelebihan mahupun
kelebihan diri anda. Namun, apakah anda mempunyai rakan yang sanggup
berterus-terang? Di sini disenaraikan personaliti lelaki berdasarkan
bintang atau zodiak masing-masing. Walaupun tidak kesemuanya benar,
namun ia boleh dijadikan panduan. Jika anda memang mempunyai sikap
buruk atau kelemahan, anda boleh memperbaiki diri anda.

Virgo
Dia adalah lelaki yang agak kurus , tingginya serderhana , bahunya agak
lebar, bulu keningnya panjang dan cantik , dan dahinya luas , matanya
nampak sedih tetapi lembut
, dan ini menarik perhatian wanita .
Sifatnya amat berhati-hati , nafsu syahwatnya rendah , dan kerana ini ,
dia kelihatan tidak pasti, dan seolah-olah kekasih yang tertahan-tahan
.Dia adalah lelaki yang mementingkan kebijaksanaan .Dia mahukan
kesempurnaan , sentiasa mahu mengawal , dan jarang sekali terbawa oleh
cinta .Dia mengkritik dan mengadu.Dia juga agak mementingkan hal-hal
yang halus terperinci , juga beradab, dan ini menjadikannya pasangan
yang setia dan mengambil berat . Dia akan mengkahwini wanita yang ada
wang dan yang boleh membantunya secukupnya . Sifat bimbangnya
membuatkannya sukar bertenang apabila berpasangan , dan ini menjadikan
dia kekasih yang kurang memuaskan , dan dia cepat sekali menyalahkan
orang lain walaupun dia sebenarnya bersalah .Dia juga mengambil berat
mengenai kesihatan dan kecergasannya.





sumber : tentang cinta!..



hahhaha ada benernya juga tuhhh
pangeranemo
pangeranemo
Contributor
Contributor

Male
Jumlah posting : 334
Age : 32
Location : Diatas kursi
Registration date : 20.01.08

http://profiles.friendster.com/rainandrain

Kembali Ke Atas Go down

rahasia lelaki menurut zodiaknya!.. Empty Re: rahasia lelaki menurut zodiaknya!..

Post by p3c4h_0t4X_SiSt3m Sat May 31, 2008 10:06 pm

hahaah..
yupszz itu hanya anggapan aja!...
p3c4h_0t4X_SiSt3m
p3c4h_0t4X_SiSt3m
Global Moderator
Global Moderator

Male
Jumlah posting : 1883
Age : 36
Location : yg aq tau sich!..hari ini aq ada di palembang...gak tau besok.....
Registration date : 25.12.07

http://donic-fairy.blogspot.com/

Kembali Ke Atas Go down

rahasia lelaki menurut zodiaknya!.. Empty Re: rahasia lelaki menurut zodiaknya!..

Post by KeSeLeK_NaNgKo Tue Jun 03, 2008 5:57 pm

wah thanks yach omz buat informasinya,,,

jadi malu nich,,,
KeSeLeK_NaNgKo
KeSeLeK_NaNgKo
ForumManiac
ForumManiac

Male
Jumlah posting : 628
Age : 33
Location : I Love PALEMBANG But I HATE indonesia
Registration date : 17.11.07

Kembali Ke Atas Go down

rahasia lelaki menurut zodiaknya!.. Empty Re: rahasia lelaki menurut zodiaknya!..

Post by Sponsored content


Sponsored content


Kembali Ke Atas Go down

Kembali Ke Atas

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
Anda tidak dapat menjawab topik