creative forum
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

untitled...g jelas ;p love..love...love

2 posters

Go down

untitled...g jelas ;p love..love...love Empty untitled...g jelas ;p love..love...love

Post by paman_gembul Tue Apr 22, 2008 5:42 pm

EMOSI kita, sama ada gembira atau sedih, kita yang tentukan. Pilihan
di tangan kita. Ini kata seorang pakar psikologi ketika membincangkan
isu ‘pemilihan’ emosi yang boleh mempengaruhi perjalanan hidup seharian
seseorang.
Kalau kita memilih untuk gembira, hari yang dilalui terasa ceria
walaupun rutin. Secara tidak langsung, riak wajah kita juga tampak
lebih manis dan tenang.
Malah, ada orang menyifatkan kegembiraan itu macam rama-rama cantik, mampu menyenangkan hati sesiapa yang memandang.
Walaupun ada kajian menunjukkan kebolehan untuk gembira banyak
disumbangkan oleh faktor genetik, ramai penyelidik percaya perasaan
positif, khususnya gembira, boleh dipupuk dan dirangsang dengan
mengawal serta membendung perasaan negatif seperti pesimis, geram dan
marah.
Apabila perasaan negatif dapat dikawal, baru perasaan positif
seperti empati (kebolehan meletakkan diri dalam kedudukan atau keadaan
orang lain), ketenangan dan kesyukuran boleh dipupuk dan dirangsang.
Perkara paling asas untuk mendapat kegembiraan ini ialah, kita mesti
selesa dengan diri sendiri dan menerima kelebihan serta kekurangan diri
dengan hati terbuka. Usah jadikan rupa paras atau warna kulit sebagai
perbandingan yang menyebabkan kita rendah diri kerana ia anugerah
terbaik dan unik Allah kepada setiap insan.
Keselesaan ini membuat kita yakin dan tenang; yang menjadi tonggak
kepada kesejahteraan fikiran. Ada kajian menunjukkan individu yang
gembira hidup sembilan tahun lebih lama berbanding golongan yang kerap
tertekan dan murung. Untuk mendapat hidup bahagia dan gembira, kita
kena berusaha mencarinya kerana kegembiraan tidak datang bergolek depan
mata.
paman_gembul
paman_gembul
PhotographyModerator
PhotographyModerator

Male
Jumlah posting : 181
Location : disana...disini....
Registration date : 27.02.08

http://nobodyriz.com

Kembali Ke Atas Go down

untitled...g jelas ;p love..love...love Empty Re: untitled...g jelas ;p love..love...love

Post by p3c4h_0t4X_SiSt3m Fri May 23, 2008 2:12 pm

Keselesaan ini membuat kita yakin dan tenang; yang menjadi tonggak
kepada kesejahteraan fikiran. Ada kajian menunjukkan individu yang
gembira hidup sembilan tahun lebih lama berbanding golongan yang kerap
tertekan dan murung. Untuk mendapat hidup bahagia dan gembira, kita
kena berusaha mencarinya kerana kegembiraan tidak datang bergolek depan
mata.

aq suka omongan omss yang ini!..
bener banget oms..
godd post!..
p3c4h_0t4X_SiSt3m
p3c4h_0t4X_SiSt3m
Global Moderator
Global Moderator

Male
Jumlah posting : 1883
Age : 36
Location : yg aq tau sich!..hari ini aq ada di palembang...gak tau besok.....
Registration date : 25.12.07

http://donic-fairy.blogspot.com/

Kembali Ke Atas Go down

Kembali Ke Atas

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
Anda tidak dapat menjawab topik